ORDER FORM

Nama:
Nama Facebook:
Email:
Alamat:
No. Telefon:
Postage Method
Cara Bayaran
Item oder (Senaraikan nama dan jumlah barang):
Pertanyaan/Komen:

This online form was provided by Freedback.

pelawat tinggal jejak

Followers

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Mudahnya dapatkan duit

Last entry saya updata macam mana nak daftar HeartBeat, kan?sekarang saya nk ajar macam mana nk promosikan...dengan kata lain cara nak dapatkan income/pendapatan/wang...

Di bawah nie ada list macam mana pendapatan dijana (take a look) kalau tak nampak,klik untuk bagi nampak..heee =)



CARA CARA:
RM2 untuk setiap orang yang mendaftar di heartbeat melalui
promosi (banner) anda

Setiap yang klik, dan daftar, anda akan dapat RM2
RM0.04 untuk setiap klik

20% untuk setiap barangan cenderahati yang anda beli di Heartbeat
Kalau beli mug hiasan berharga RM40,anda akan dapat RM8 

15% plak untuk setiap pembelian referral anda.Kalau referral anda beli
mug RM40 tu jugak,anda dapat RM6 

Cara lain, anda hantar testimonial, upload gamba pun boleh dapat income jugak....

Kalau income da RM50, boleh la cash out.. =) 




Jadi,
jomla cuba.......


Cara Lain Membuat Duit

ASSALAMUALAIKUM

Saya ada jumpa satu cara lain untuk membuat duit...selain yg kita sume tau pasal nuffnang,nie ada satu lagi cara.Kalau nuffnang,lambat skit kan kita nk dapat income,tapi melalui program nie, lebih cepat la.walaupun tak banyak,tapi lebih pantas.
tak caya?
Jom cube!!!!

Langkah-langkah untuk join:
1. KLIK pada Banner saya di atas (bahagian atas senarai follower saya tuh)
 banner die cam nie





2. Create Account dengan HeartBeat

3. Selesai Create Account, Join HB!Affiliate
 



4.Kemudian, isi form yang diberikan
dekat bahagian Web Site URL tu, letak nama blog korang,ek.



5. Kemudian, Get A Code untuk dapatkan banner untuk diletakkan pada blog korang
banner leh letak melalui design, pehtu click ada add gadget, HTML..paste code yg korang da copy tu...paste!



6.Lastly, promosikan secara besar-besaran..oh yeaahhh!
(nak tahu cara promosi,baca entry seterusnya)


Thursday, December 23, 2010

Cinta VS Mencintai

Orang yang mencintai kamu  tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.




“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Tips untuk hilangkan bosan

Salam
hye semua....
Cuti ni sangat lah bosan. sebabnye tadek aktiviti yang nak dibuat.kalau kawan-kawan bace entri saya yanglepas - lepas, boleh la tahu apa saya buat cuti ni. sebab semua nya saya update..eh, tak la semua tapi ada la update.yang tak menarik tuh tak la saya update.
Sebelum cuti semester mula memang bekobar - kobar nak cari kerja. buat part time pe sume kan?tapi bila da start cuti, mak aiihh...nak keluar rumah pun malas. nape tah. Bila dah sampai tengah - tengah cuti nie mula la nyesal tak kerja. duit pun semakin menipis..huhuhuh..pe lah nasib.
So nie ade sikit tips camne nak hilangkan bosan dikala cuti - cuti panjang.

Pertama
Ajaklah family berjalan. ala, jalan dekat - dekat ke, pergi keluar makan sama - sama ke, pegi beli barang - barang dapur ke,tak pun pegi pasar malam pun boleh jugak,hehehe. tak semestinya pegi oversea, tempah hotel pe sume tuh. Cukup sekadar bekumpul ramai - ramai dan keluar dari rumah. Memang bekobar - kobar kalau  nak tahu kalau parents cakap, "siap, nak kuar, lambat tinggal!".Time tuh mula la berebut - rebut masuk bilik air mandi, cuci muka, amek air sembahyang pe sume. Time tuh jugaklah pikir nak pakai baju pe, tudung pe,kasut pe.eh,kasut tak,kasut men pakai je pe yang ade kat lua tu dah.hehehe....memang excited tau. Dari situ dah boleh hilangkan bosan teperap dalam bilik, ngadap laptop je,kan?Kalau nak lagi best, ikot la parents korang pegi kenduri kawen. Tak kisah la korang kenal ke tak, ikot je.Makan free pun dapat. sedap plak tuh.

Kedua
Kalau yang rajin tu(ingat, yang rajin je) pegi la tolong - tolong ibu bapa kat rumah tuh.hehehe saya tak bape rajin so, saya tak la tolong sangat.huhuhu.. Boleh tolong kemas rumah ke, siram pokok ke, bercucuk tanam ke, tak pun memasak, belajar la sikit -sikit cara nak masak.Ala-ala orang bujang pun ok pe..hee saya  cuti ni dah blaja cara buat donut ngan kek aiskrim (sila jangan gelak yea kawan - kawan).heh..kan ke bagus. preparation untuk berumah tangga kelak,kan?hehehe...




Ketiga
Kalau yang suka bejalan, tapi tadek bajet, boleh la pegi window shopping kat mall. Hujung tahun, biasalah ade Year End Sale pe sume tu kan? So, pegi la cuci - cuci mata keluar dengan sahabat handai, tak pun angkut je adik beradik yang turut bosan dirumah. Tak rugi pun. Setakat isi minyak moto kereta  tu, ape la sangat nak dibandingkan dengan kegembiraan berjalan - jalan di luar sana,kan? Tapi pada siapa yang rambang mata, anda dinasihatkan duduk dirumah je. jangan keluar window shopping sebab anda tidak akan hanya berwindow shopping malah mengangkut 2 3 beg plastik barang - barang sale di mall - mall berhampiran!


Keempat
Bersenam! yess...bersenam..bagi siapan yang bosan, kalu nak tahu bersenam ni boleh hilangkan bosan, tau.hehehe tambahan menyihatkan badan pun ade! 2 dalam 1 tahu tak?Ala, bersenam tuh tak semestinya kene pegi gim,lantik instructor pe sume tuh. Kalau korang nak tahu, setakat bejalan - jalan santai - santai camtu pun da kira besenam.Make sure keluar peluh yea.Jangan plak bejalan - jalan sambil mulut disumbat dengan segala macam makanan,kang lain plak jadinye. Jadi, kepada mereka yang teperap di rumah tuh, bawak - bawakla besenam. jangan pulak nanti naik semester baru ade yang tegur, "wah, sudah besar huh kamu, maakan apa cuti nie?".hehehe tak ke rase down?huhuhu...jadi, mari bersenam..yey!!!


Kelima dan yang terakhir
Kalau nak hilangkan bosan, update la blog selalu. Serious boleh hilang bosan selain itu menjana otak supaya berfikir dan tidak lembab je. Bila naik semester depan tadek lah stress sangat otak tu nak terima input - input baru yang korang belajar. Kan?Jom update blog hari - hari!!!!
hahaha..walaupun tips ini cam biasa je tapi ianya sangat berguna kepada saya.jadi, jomla cuba ye akawan - kawan!ngeee =)



Wednesday, December 22, 2010

JOM UP TRAFFIC!!!siapa nak tingkatkan traffic?

Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Saya jumpa teknik nie dekat blog ini Blog Luna.  Jom la sama- sama cuba!!!

p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat


Cara nya begini:
- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

11. CekLa
PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie…


10. CekLa
14. .:E.M.I:.
15. Blog korang

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

Wednesday, December 8, 2010

TAG UNTUK BlogLarian

  
clik untuk lihat

Dapat tag!
Kali ni tag bukan sebarang tag sebab ia memberi kebaikan kepada semua blogger...
tag ni bertujuan membantu
 semua blogger untuk blogwalking lebih mudah pada masa akan datang..
dan saya telah di'tagged' oleh aidaakin
tenkiu dear!
okayy~
pada sesiapa yang nak tau lebih lanjut,
macam mana fungsi BlogLarian nih..
boleh klik sini
 
 
 "Saya suka blogwalking kerana melalui blogwalking saya dapat mencari idea dan input - input penting sebagai panduan menulis entri - entri di dalam blog saya dan saya juga dapat mengisi masa lapang dengan membaca coretan entri rakan -rakan dari blog mereka."
 
okey,sekarang saya mahu tag mereka yang bertuah seperti di bawah
 
 
 


tarikh tutup untuk ini tak ditetapkan lagi buat masa sekarang..
so take your time :)

Friday, October 8, 2010

JANGAN KECEWAKAN ORANG YANG MENCINTAI KAMU

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti 6] 17]seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.




* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya