ORDER FORM

Nama:
Nama Facebook:
Email:
Alamat:
No. Telefon:
Postage Method
Cara Bayaran
Item oder (Senaraikan nama dan jumlah barang):
Pertanyaan/Komen:

This online form was provided by Freedback.

pelawat tinggal jejak

Followers

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN~





Artikel nie diambil di UTUSAN ONLINE yg bertarikh 24/8/2008

KELEBIHAN BERPUASA

APABILA Ramadan mendekati, ini merupakan peluang keemasan untuk membincangkan mengenai kelebihan yang boleh dimanfaatkan sepanjang bulan mulia ini.

Berpuasa dari segi jasmani atau menjauhi pengambilan makanan dan minuman, adalah jalan kepada berpuasa dalaman (rohani).

Apabila kedua-dua jenis puasa dilakukan bersama, hasil kesan ke atas jiwa kita adalah seperti “cahaya atas cahaya”.

Apabila kita mematuhi ajaran berpuasa, amalan ini boleh meneguhkan jiwa dan batin kita dan keadaan jasmani yang lebih sihat.

Berpuasa merupakan satu tumpuan tempoh rehat fisiologi di mana badan boleh menumpukan mekanisme pemulihan kendiri iaitu memperbaiki dan menguatkan organ yang mengalami kerosakan.

Proses berpuasa juga membenarkan badan membersihkan sel daripada toksin dan bahan buangan yang terkumpul.

Berpuasa juga memberikan saluran penghadaman masa yang diperlukan untuk berehat sepenuhnya dan menguatkan lapisan mukosanya.

Satu lapisan mukosa usus yang sihat adalah amat perlu bagi mencegah kebocoran protein yang tidak terhadam dengan sempurna daripada masuk ke dalam sistem peredaran darah, dengan itu ia memberi perlindungan daripada keadaan (penyakit) autoimun.

Sesuatu saluran penghadaman yang sihat juga membantu dalam perlindungan kepada darah dan organ dalaman terhadap berbagai jenis toksin persekitaran dan metabolik.


SAHUR

1. Minum air dengan banyak – ia dapat membantu untuk mengeluarkan toksin daripada badan. Adalah penting untuk anda, jika boleh, meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air (1 hingga 1.5 liter) sewaktu tempoh bersahur ini untuk penghidratan badan anda.

2. Makanlah makanan yang berlainan warna – buah-buahan dan sayuran kaya dengan serat, penuh dengan zat galian, vitamin dan kimia tumbuhan yang dikenali dengan fitonutrien yang boleh mencegah serta merawat penyakit. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

BERBUKA


Berbukalah dengan cecair terlebih dahulu dengan sedutan yang perlahan. Minum sejumlah 500 mililiter (ml) air dan kemudian secara perlahan-lahan ambillah 1 1/2 sudu teh atau 25 gram zat makanan yang lain.

Anda boleh juga meminum jus buah-

buahan yang dicampurkan dengan sayuran seperti lobak, saderi dan akar bit (jangan campurkan gula), dilarutkan dalam jumlah air yang sama banyak. Ulangi keseluruhan proses untuk beberapa hari.

Setelah selesai meminum air, ia boleh diikuti dengan mengambil makanan separuh pejal dan menambah makanan pejal kemudian.

Cuba elakkan makanan berminyak dan bergoreng, daging merah, gula, minuman berkarbonat dan kafeina serta tembakau.


selamat berpuasa

selamat beribadah


No comments: