ORDER FORM

Nama:
Nama Facebook:
Email:
Alamat:
No. Telefon:
Postage Method
Cara Bayaran
Item oder (Senaraikan nama dan jumlah barang):
Pertanyaan/Komen:

This online form was provided by Freedback.

pelawat tinggal jejak

Followers

Wednesday, December 22, 2010

"SEGMEN JOM BERKENALAN"


Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~

1)Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN"

2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni~

3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit
-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
-------Tarik nafas dulu..excited kan jawab soklan ni..heheh)-----------

4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..

5)Linkkan entry anda ke ruangan komen...maseh

6)Tarikh tutp sampai sticky post ni lesap~hehehhe


SIAP!Mudah kan..dengan cara ni sekurang-kurangnya sapa yang singgah kat blog kita kalau terbaca segmen ni dapatlah berkenalan..mana tau satu universiti ke sama tempat kerja ka..kawan masa tadika ke..hah..bestkan!Cubala~
__________________________________________________________________________

*MULA*


1)Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN"
  - SUDAH!!!

2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni~
-SUDAH
-LINK PUN SUDAH

3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit
-Berpunya.
saya sudah berpunya.heee...boleh jugak nk kate dah bertunang...tapi tak bertunang lagi...eh..ape nie???hurrmm...susah - susah..saya dah bertunang lah...hehehe

-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
DIRI SAYA
Nama saya, Emira Syazana Binti Yusof. Umur 22 tahun. Saya anak ke3 daripada 5 orang adik beradik. Saya merupakan anak Perak kerana dilahirkan di Taiping , Perak tetapi kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Dahulunya saya bercita - cita mahu menjadi seorang pereka hiasan dalaman tetapi kini saya sudah mempunyai cita - cita baru memandang kan saya menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam.Jadi, sekarang saya bercita -cita untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan profesional.hehehe.. Saya merupakan pelajar Pendidikan Jasmani dan bakal mendidik anak - anak murid saya mengenai Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.(menarik,bukan). Saya memang gemar bermain dengan kata lain bersukan..
Jadi, inilah serba sedikit tentang diri saya.

-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
Blog saya yang bernama .:E.M.I:. ini pada mulanya sangat bosan dan kosong. saya tidak mempunyai ramai teman blogger yang lain. Memandangkan saya tidak mempunyai ramai kenalan, maka blog saya serba kekurangan dan banyak pengetahuan tentang dunia blog saya kurang arif iaitu dari segi susun aturnya,nama blognya, pengurusannya,kelebihannya. tetapi setelah hampir setahun berblog, saya telah fahami banyak perkara tentang blog ini melalui pembacaan pada blog rakan -rakan dan mengumpul rakan - rakan blogger melalui BlogLarian yang baru dilancarkan itu. Kalau kalian nak tahu, sepanjang saya mula berblog hampir setahun ini, saya tidak memasang apa - apa iklan daripada nuffnang kerana tidak tahu apa - apa mengenainya.(rugikan saya) Tapi kini, saya kerap meng'update' blog saya dengan aktiviti harian, join contest dan juga beberapa tips untuk dijadikan bacaan kepada rakan - rakan lain.Apa - apa pun, saya masih berharap saya akan menerima banyak ilmu dari blog saya ini dengan melawat ke blog rakan - rakan lain.

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
dunia blog masih baru pada saya dan saya mendapati banyak yang menarik dalam dunia ini. Seperti yang kita tahu, dunia blog ini memberi kita ramai kenalan dan juga mampu menambah ilmu kita. tak semestinya ilmu dalam bidang pendidikan sahaja tetapi ilmu bekaitan kehidupan juga terdapat dalam dunia blog ini. Menarik bukan? 
 
-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Memandangkan saya juga masih baru, jadi saya menasihatkan  rakan - rakan baru dan juga diri saya sendiri untuk selalu bertanya kepada otai -otai blogger yang lain sekiranya ada apa yang tidak tahu. jangan malu bertanya kerana ilmu yang diperolehi daripada bertanya itu sangat berguna kepada kita. Tidak rugi untuk menambah rakan melalui berblogwalking ke blog rakan  rakan lain. Bagi saya yang masih baru ini, saya menasihati rakan rakan lain supaya tegurlah saya..hehehehe =)

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Keunikan????hurmm...mungkin blog saya kelihatan sedikit kemas.hahaha...unik ke?hurrmm...tahla..dan mungkin entry2 yang saya update boleh dikatakan menarik dan berinformasi. Unik tak?hanya orang lain yang boleh menilai.bukan saya!huhuhuhuh

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
sampai bila - bila. kalau umur masih panjang, Insyaallah saya akan kekal menulis. Impian saya iailah saya ingin menjadi seperti blogger lain seperti hanis zalikha, fatin liyana dan blogger -blogger femes yang lain. tetapi mungkin itu hanya impian.apa yang penting saya mahu mengumpul ramai rakan blogger lagi dan berkongsi ilmu dan menjana sedikit pendapatan melalui berblog.
-------Tarik nafas dulu..excited kan jawab soklan ni..heheh)-----------

4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..


5)Linkkan entry anda ke ruangan komen...maseh
SUDAH

6)Tarikh tutp sampai sticky post ni lesap~hehehhe
_________________________________________________________________________________
pesanan penaja:


SIAP!Mudah kan..dengan cara ni sekurang-kurangnya sapa yang singgah kat blog kita kalau terbaca segmen ni dapatlah berkenalan..mana tau satu universiti ke sama tempat kerja ka..kawan masa tadika ke..hah..bestkan!Cubala~

2 comments:

:Cikgu Akim: said...

salam pendidik!seronok dengar cerita kamoo...samam2 kita memartabatkan profesion keguruan nanti!!

salam perkenalan dari saya bakal guru sains pertanian n biology!kamu amek kos apa?

.....:E.M.I:.... said...

wah..bakal pendidik juga!!!hyeee~
hehehehe...saye merepek je dlm tuh..tak reti bcerita sgt pun..heee
saya bakal guru Pendidikan Jasmani,insyaallah...heee
saya suka bersukan!!!ngeee
=)